Tuesday, 7 March 2017

Kursus First Aid & CPT 1 hari di Wardah Ad-Din, Bandar Baru Bangi

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah swt yang telah mengkabulkan hasrat Tuan Hj Zamri untuk melatih kesemua pengasuh-pengasuh di Tadika dan Nurseri dan juga guru-guru di KAFA kelolaan beliau di Bangi 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi, Selangor, Semoga ilmu yang dipelajari bermanafaan kepada peserta, pengajar serta Tn Hj Zamri sendiri, di dunia dan di akhirat nanti. Aamiin Ya Rob!







Monday, 11 February 2013

Permai Lifestyles Consultant

No. 712, Jalan Jasmin 22, Taman Jasmin, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
No. Hp : Dato' Hj Mohamed Zain Bin Hj Zakaria 019 - 374 3262




Kursus Pertolongan Cemas Asas (Sijil Penuh) 3 Hari


HARI PERTAMA
0830-0850
Pendaftaran Peserta
0900-1000
Pengenalan Pertolongan Cemas
Konsep dan Amalan Pertolongan Cemas/Pengenalan Kotak Pertolongan Cemas & Fungsi Tubuh Badan.
1000-1030
Minum Pagi
1030-1130
Tindakan Ketika Kecemasan / Sistem Peredaran Darah.
Luka dan Pendarahan
1130 -1245
Patah Tulang / Kecederaan Tulang
Balutan & Bebat (Dressing)
1245 -1400
Makan Tengahari & Solat
1400-1530
Pengendalian Luka
Pengendalian Patah
1530-1545
Minum Petang
1545-1700
Triage / Pengasingan Pesakit (Praktikal)
Pengendalian Pesakit (Praktikal)
1700
Bersurai

HARI KEDUA
0830-0850
Pendaftaran Peserta
0900-1000
Praktikal Pengendalian Luka & Patah I
Praktikal Pengendalian Luka & Patah II
1000-1030
Minum Pagi
1030-1130
Renjatan & Pitam I / Terbakar / Melecur
Racun / Keracunan
1130-1245
Tercekik / Aksfiksia (Ashyxia) Praktikal
Prinsip Teknik Menyelamat Nyawa
1245-1400
Makan Tengahari & Solat
1400-1530
Menyelamat Nyawa Perseorangan
- Cardiopulmonory Resuscitation (CPR)
1530-1545
Minum Petang
1545-1700
Latihan Praktikal CPR
1700
Bersurai

HARI KETIGA
0830-0850
Pendaftaran Peserta
0900-1000
Tayangan Video CPR
1000-1030
Minum Pagi
1030-1245
Ulangkaji Semua Subjek
1245-1400
Makan Tengahari & Solat
1400-1530
Penilaian Latihan Simulasi I
1530-1545
Minum Petang
1545-1645
Peperiksaan Bertulis Kertas I
1645-1800
Rumusan / Penilaian Kursus / Upacara Penutup
1800
Bersurai


Kursus Pertolongan Cemas Asas 2 Hari


HARI PERTAMA
0830-0850
Pendaftaran Peserta
0900-1000
Pengenalan Pertolongan Cemas
Konsep dan Amalan Pertolongan Cemas/Pengenalan Kotak Pertolongan Cemas & Fungsi Tubuh Badan.
1000-1030
Minum Pagi
1030-1130
Tindakan Ketika Kecemasan / Sistem Peredaran Darah.
Luka dan Pendarahan
1130 -1245
Patah Tulang / Kecederaan Tulang
Balutan & Bebat (Dressing)
1245 -1400
Makan Tengahari & Solat
1400-1530
Pengendalian Luka
Pengendalian Patah
1530-1545
Minum Petang
1545-1800
Triage / Pengasingan Pesakit (Praktikal)
Pengendalian Pesakit (Praktikal)
1800
Bersurai

HARI KEDUA 
0830-0850
Pendaftaran Peserta
0900-1000
Praktikal Pengendalian Luka & Patah I
Praktikal Pengendalian Luka & Patah II
1000-1030
Minum Pagi
1030-1130
Renjatan & Pitam I / Terbakar / Melecur
Racun / Keracunan
1130-1245
Tercekik / Aksfiksia (Ashyxia) Praktikal
Prinsip Teknik Menyelamat Nyawa
1245-1400
Makan Tengahari & Solat
1400-1530
Menyelamat Nyawa Perseorangan
- Cardiopulmonory Resuscitation (CPR)
1530-1545
Minum Petang
1545-1800
Latihan Praktikal CPR
Peperiksaan Bertulis Kertas I
Rumusan / Penilaian Kursus / Upacara Penutup
1800
Bersurai


Kursus Pertolongan Cemas Asas (1 Hari )


SATU
HARI
0830-0850
Pendaftaran Peserta
0900-1000
Pengenalan Pertolongan Cemas
Konsep dan Amalan Pertolongan Cemas.
1000-1030
Pengenalan Kotak Pertolongan Cemas
1030-1130
Pengurusan Kecederaan : Luka & Pendarahan
1130 -1245
Patah & Pengurusan  
1245 -1400
Makan Tengahari & Solat
1400-1700
Terbakar, Melecur, Renjatan, Pitam & Tercekik
Pengenalan Pemulihan Jantung ( CPR )
Praktikal CPR
1700-1715
Minum Petang
1715-1800
Peperiksaan Bertulis
Rumusan / Penilaian Kursus / Upacara Penutup
1800
Bersurai




VIDEO SEPANJANG KURSUS PLC


VIDEO MONTAJ PLC



SENARAI JURULATIH-JURULATIH BERTAULIAH PLC
Dr. khairil azhar ishak
 ( BHMS EMT ( UKM ) Dip biochemical FRLS BTs )

LEMBAGA JURULATIH PLC

Beliau telah berkecimpung dalam bidang perubatan mulai tahun 2003 dan kepakaran beliau adalah didalam bidang Medical Homeopathic berkelulusan MD BHMS ( Mhrei ) ENT ( HUKM ) FRLS, Adv.FA (MRCS) Telah bergerak aktif dalam bidang Pertolongan Cemas. Bertugas di Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia bahagian ambulan mulai tahun 2000. Mempunyai kelulusan dalam bidang Pertolongan Cemas dan sebagai seorang Jururunding Homeopathi Medical dan mempunyai klinik persendirian. Beliau juga berdaftar dengan Complimentary Biological Perubatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.





DEVADAS KUNJIKANNAN
Bashelor Of Health Studies
(Norhern Territory University Australia)

Beliau berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Perubatan Primer HUKM. Pernah berkhidmat di Jabatan Kecemasan di beberapa Hospital iaitu Hospital Besar Ipoh, Hospital daerah Teluk Intan, KotaTinggi, Segamat dan UKM. Malah pernah berkhidmat di Pelantar syarikat antarabangsa. Memegang diploma Medical Assistant dari Medical Assistant Collage, Seremban (Dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia ). Pernah mengikuti Kursus-kursus seperti Injury Prevention & Control anjuran NIOSH serta beberapa Kursus anjuran HUKM.

mad subhi bin ahmad
BTC (HUKM ) , FRLS ( UM )

Beliau mempunyai kelulusan, Malaysia Red  Crescent Certificate in Basid First Aid, Advance First Aid, Disaster Management, Administration  and Management, Teaching Menthodology, Health Education, Red Cross/Red Crescent Education and International Humanitarian Law, Basic Trauma Care (BTC), HUKM First Responder Life Support (FRLS), PPUM Jurulatih First Aid / CPR– AEON – KUIS – CELL , AKADEMI MUTAWWIF

Hj. Makhtar bin hamzah
WA (HA) 037

Beliau mempunyai kelulusan, Diploma in Medical Assistant,  Lecturer and Examiner , Certificate in First aid on the battlefield (Christchurch New Zealand ),  Public Health and in Emergency ( Bangkok ) , Health and safety Executive (HSE), Spinal Injury handling and evacuating-University Hospital Petaling Jaya, Instructor First Aid National Inst Of occupational safety and Health-Bangi Selangor, Senior Insstructor-Registration with The Human Ressource Development Council , ministry of Human Resource and International Humanitarian Law-IFRC

HJ misnan bin kasam, pjk(perlis),bkm,ppl,pjt,ppt

Beliau adalah seorang Jurulatih Kanan Pertolongan Cemas/CPR yang bertauliah dalam Persatuan  Bulan  Sabit Merah Malaysia sejak 1997 dan aktif dalam Perkhidmatan Masyarakat, Memegang Sijil Asas Pertolongan  Cemas 1975, Sijil Pertengahan 1978, Sijil Lanjutan 1980, Sijil Jurulatih 1982 dan Sijil Jurulatih Kanan 1997. Menghadiri Kursus Regional Red Cross & Red Crescent Health Trend Workshop ( Southeast and East Asia ) di Manila 2002. Selain daripada itu beliau mengendalikan kursus dan bertindak sebagai Penceramah Kursus Kejurulatihan Asas, Jabatan Pendidikan Terengganu, Peringkat Kebangsaan 2000. Menjadi Penganjur Pertandingan Pertolongan Cemas Peringkat Kebangsaan Pakar Rujuk dalam Masyarakat/Pertolongan cemas/CPR (PBSM).


Peralatan Pertolongan Cemas

Ini ialah peringatan kepada kita semua ,walaupun jika anda x minat dengan pertolongan cemas tapi cubalah pelajari ia tidak akan membuat anda rugi tetapi anda lebih beruntung kerana anda ade ilmu sebegitu ,Ini ialah peralatan secara ringkas yang saya galakkan anda semua mengetahuinye

Peralatan pertolongan cemas pada asalnya sangat ringkas iaitu hanya terdiri dari bebat dan pembalut selain dari menggunakan air namun perkembangan dunia perubatan di dalam peralatan semakin berkembang maka peralatan pertolongan cemas turut berkembang mengikut zaman. Bahkan sesetengah peti pertolongan cemas juga mengandungi peralatan rawatan yang sama seperti yang dimiliki oleh doktor-doktor perubatan yang melawat ke kampung-kampung di pendalaman.
Peralatan di dalam peti pertolongan cemas adalah bergantung kepada kegunaan di dalam berbagai keadaan seperti:

- di dalam perjalanan percutian, pengembaraan atau perlancongan
- di rumah
- di sekolah
- di dalam kereta
- di dalam perkhemahan

Berikut dihuraikan terlebih dahulu peralatan pertolongan cemas yang asas iaitu bebat dan pembalut.
Bebat & Pembalut

Bebat ada 3 jenis iaitu:

1. Bebat Medan – bagi kegunaan pasukan keselamatan
2. Bebat Luka – mengikut ukuran-ukuran luka
3. Bebat Hospital – jenis kain kasa berukuran 10 x 10 mm

Pembalut ada 2 jenis iaitu:

1. Pembalut Kain Tiga Segi – bagi menganduh, membalut, mengampu, kipas, pengikat
dan gelung cincin
2. Pembalut bergulung – bagi melakukan Balutan Lapan, Balutan Circular atau Spiral
dan Balutan Padi
Alat Pertolongan Cemas yang lain

Alat pertolongan cemas yang akan disenaraikan di bawah ini adalah bagi kegunaan orang awam. Di antaranya ialah:

- angkub (tweezers)
- plaster
- krim luka antiseptik (spt. Dettol Antiseptic Cream, dll)
- gunting lipat
- pin semat
- thermometer
- pita perekat
- sabun antiseptik
- sarung tangan getah (sekurang-kurangnya 2 pasang)
- paracetamol (spt. Panadol, dll)
- buku manual pertolongan cemas
- nombor talian kecemasan
- minyak sapu (spt. Vicks VapoRub, Minyak Cap Kapak, dll)
- tisu basah antiseptik pakai-buang




DARI KERATAN AKHBAR