Peralatan Pertolongan Cemas
Peralatan
pertolongan cemas pada asalnya sangat ringkas iaitu hanya terdiri dari
bebat dan pembalut selain dari menggunakan air namun perkembangan dunia
perubatan di dalam peralatan semakin berkembang maka peralatan
pertolongan cemas turut berkembang mengikut zaman. Bahkan sesetengah
peti pertolongan cemas juga mengandungi peralatan rawatan yang sama
seperti yang dimiliki oleh doktor-doktor perubatan yang melawat ke
kampung-kampung di pendalaman.
Peralatan di dalam peti pertolongan cemas adalah bergantung kepada kegunaan di dalam berbagai keadaan seperti:
- di dalam perjalanan percutian, pengembaraan atau perlancongan
- di rumah
- di sekolah
- di dalam kereta
- di dalam perkhemahan
Berikut dihuraikan terlebih dahulu peralatan pertolongan cemas yang asas iaitu bebat dan pembalut.

Bebat & Pembalut
Bebat ada 3 jenis iaitu:
1. Bebat Medan – bagi kegunaan pasukan keselamatan
2. Bebat Luka – mengikut ukuran-ukuran luka
3. Bebat Hospital – jenis kain kasa berukuran 10 x 10 mm
Pembalut ada 2 jenis iaitu:
1. Pembalut Kain Tiga Segi – bagi menganduh, membalut, mengampu, kipas, pengikat

dan gelung cincin
2. Pembalut bergulung – bagi melakukan Balutan Lapan, Balutan Circular atau Spiral
2. Pembalut bergulung – bagi melakukan Balutan Lapan, Balutan Circular atau Spiral
dan Balutan Padi
Alat pertolongan cemas yang akan disenaraikan di bawah ini adalah bagi kegunaan orang awam. Di antaranya ialah:
- angkub (tweezers)
- plaster
- krim luka antiseptik (spt. Dettol Antiseptic Cream, dll)
- gunting lipat
- pin semat
- thermometer
- pita perekat
- sabun antiseptik
- sarung tangan getah (sekurang-kurangnya 2 pasang)
- paracetamol (spt. Panadol, dll)
- buku manual pertolongan cemas
- nombor talian kecemasan
- minyak sapu (spt. Vicks VapoRub, Minyak Cap Kapak, dll)
- tisu basah antiseptik pakai-buang
DARI KERATAN AKHBAR
No comments:
Post a Comment